Ranking FIFA : England Jatuh Teruk !

Ramai peminat England yang kecewa dengan persembahan pasukan kesayangan mereka di kempen Piala Dunia 2014 kali ini. Awalnya, ramai yang meletakkan harapan yang tinggi kepada England, kerana barisan pemain kali ini kelihatan lebih baik dan dibarisi ramai pemain muda berbakat diadun bersama dengan pemain senior yang cukup berpengalaman.
1 seri dan 2 kekalahan, itulah keputusan perlawanan England di Brazil baru-baru ini. Sudah semestinya keputusan dalam setiap perlawanan dalam Piala Dunia 2014 akan merubah kedudukan dalam Ranking FIFA.
Pasukan kendalian Roy Hodgson itu jatuh 10 anak tangga dan meletakkan mereka di kedudukan ke-20 ranking FIFA satu anak tangga di bawah Bosnia Herzegovina. Kedudukan itu adalah yang terburuk untuk England sejak tahun 1995 (ke-21).
Pasukan yang paling banyak meningkat naik ialah Costa Rica dan Belanda. Kedua-dua pasukan ini meningkat naik 12 anak tangga dari ranking FIFA June 2014.
Costa Rica kini di tangga ke-16 dan ini adalah kedudukan terbaik mereka sejak tahun 2003. Dalam kempen Piala Dunia 2014 kali ini, banyak kejutan yang dibuat oleh mereka. Menang 2 perlawanan peringkat kumpulan dengan menewaskan Uruguay dan Itali, itu adalah satu kejutan serta berjaya mengikat England adalah sesuatu yang hebat. Perjalanan mereka disekat oleh Belanda di peringkat suku akhir. Tewas dalam penentuan sepakan penalti.
Louis van Gaal meninggalkan Belanda di tempat ke-3 ranking FIFA. Memperbaiki kedudukan mereka yang sebelum ini di kedudukan ke-15 (ranking June 2014). Selepas mempamerkan aksi hebat di peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati, hajat mereka untuk mendakap Piala Dunia disekat oleh Argentina. Selepas membuat percaturan bijak ketika bertemu Costa Rica dengan memasukkan Tim Krul, van Gaal gagal melakukan ‘keajaiban’ ketika bertemu Argentina.
Macam mana dengan kedudukan Juara Piala Dunia 2010 Sepanyol?

Selepas 1 menang dan 2 kalah di peringkat kumpulan, kempen Piala Dunia 2014 kali ini bukanlah yang terbaik untuk mereka. Ramai peminat yang kecewa dengan persembahan Sepanyol kali ini dan kini mereka berada di kedudukan ke-8 jatuh tujuh anak tangga.
Manakala tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil jatuh 4 anak tangga dan kini berada di kedudukan ke-7, satu anak tangga diatas Sepanyol.
Ranking FIFA bukan dikira atas faktor menang kalah di Piala Dunia sahaja. Ada cara pengiraannya yang telah ditetapkan oleh FIFA.
Secara asasnya ianya boleh dikira seperti ini
(Result)x (Importance of Match) x (Strength of Opposition) x (Confederation Strength) = Total Points
– fifa.com/worldranking/
Macam mana dengan Harimau Malaya kita?

Kedudukan terkini skuad Harimau Malaya kita berada di kedudukan ke-153. Satu anak tangga di atas India dan satu anak tangga di bawah negara Belize.
Belize?? Negara kat mana tu?
Nampak tidak, ranking FIFA ni penting !
Cuba tengok gambar Ranking Evolution, tidak ada peningkatan. Jatuh menjunam.
Semoga lepas ini, dibawah kepimpinan yang baru, FAM akan memandang serius soal ranking FIFA ini. Kurangkang aksi perlawanan persahabatan dengan kelab dan banyakkan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan negara lain.
July 23, 2014 @ 12:11 am
Bagi pemain mudah memulihka imej 3 lions ini.
July 23, 2014 @ 9:07 am
pemain muda dah ada. tapi percaturan Hodgson je yang kurang tepat untuk England
July 31, 2014 @ 11:38 am
England teruk seyh..liga dah femes.. Tapi pemain negara masih tak berjaya lagi.. Kali ini persembahan semakin teruk lagi..
November 4, 2014 @ 3:15 pm
Semoga akan ada pelatih yang brilian