Real Madrid Kekal Selama 11 Tahun Sebagai Kelab Berpendapatan Paling Tinggi Di Dunia

Kelab gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid masih kekal mengungguli carta Football Money League musim 2014/15. Ini adalah musim ke 11 mereka berada di atas liga sebagai sebuah kelab bola sepak yang memperolehi pendapatan tertinggi di dunia.
Pada musim 2014/15 ini, Real Madrid memperolehi pendapatan sebanyak €577 juta (Euro). Meningkat sebanyak €27.5 juta berbanding musim lepas.
Real Madrid diekori oleh Barcelona (€560.8 juta) ditempat kedua dan Manchester United (€519.5 juta) di tempat ketiga. Paris Saint Germain (€480.8 juta) di tempat keempat dan Bayern Munich (€474 juta) di tempat kelima.
Pendapatan mereka banyak disumbangkan oleh hasil dari komersial iaitu sebanyak €247.3 juta. Meraka juga memperolehi bayaran melalui hak penyiaran sebanyak €199.9 juta. Manakala pendapatan melalui jualan tiket ialah sebanyak €129.8 juta.
Pada musim ini menyaksikan buat pertama kalinya 3 kelab teratas melepasi tanda aras pendapatan sebanyak €500 juta.
Terdapat 9 kelab dari English Premier League (England) yang berada dalam senarai Top 20. 4 kelab dari Serie A (Itali) dan 3 kelab dari Bundesliga (Jerman) turut berada dalam senarai Top 20. Manakala dari La Liga (Sepanyol) hanya ada 3 kelab dan 1 kelab dari Ligue 1 (Perancis).
Kita dapat lihat, pemasaran English Premier League yang meluas diseluruh dunia telah memberi impak yang besar dalam pendapatan kelab-kelab mereka. Jika kelab-kelab di EPL ini mempunyai dana yang besar untuk dilaburkan dalam pemasaran jenama meraka, tidak mustahil lebih banyak kelab EPL akan berada dalam senarai Top 20 Football Money League.
Berbeza di La liga, Real Madrid dan Barcelona lebih dikenali secara global berbanding liga mereka sendiri. Ini yang menyebabkan tidak banyak kelab dari La Liga yang berada dalam senarai Top 20 Football Money League. Walaupun La Liga tidak popular, tetapi telah diakui ramai ianya adalah liga yang terbaik di dunia.
//Sumber : deloitte.com