Ronaldo Di Sumpah Syaitan Hari Rabu

Apa rasanya bila Piala Dunia 2014 kali ini tanpa pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo? Adakah akan suram atau mungkin kurang ‘sengat’ dalam permainan Portugal.
Kita sedia maklum, Ronaldo adalah tulang belakang dalam pasukan Portugal disamping pemain hebat lain dalam pasukan tersebut. Jika dia tidak menyertai Piala Dunia kali ini, pasti akan menjejaskan persembahan Portugal.

FA Portugal mengesahkan Ronaldo mengalami masalah lutut dan otot di kaki kirinya. Dia sebelum ini terlepas perlawanan persahabatan menentang Greece dan dijangka akan terlepas 2 lagi perlawanan persahabatan menetang Mexico dan Ireland.
Nana Kwaku Bonsam, seorang bomoh dari Ghana mengaku melakukan sumpahan kepada Ronaldo hingga mengakibatkan kecederaan tersebut.

Dia juga yang dikenali sebagai ‘Devil of Wednesday’ (Syaitan Hari Rabu) telah lama meramalkan Ronaldo pasti akan mendapat kesukaran untuk menyertai Piala Dunia kali ini.
“I said it four months ago that I will work on Cristiano Ronaldo seriously and rule him out of the World Cup or at least prevent him from playing against Ghana and the best thing I can do is to keep him out though injury.”
– Nana Kwaku Bonsam.
Ghana akan bertemu Portugal dalam perlawanan terakhir kumpulan G pada 24 Jun nanti.
Cukup menarik antara bahan yang terlibat untuk dia menghasilkan bahan yang dikenali sebagai ‘Kahwiri Kapam’ ialah 4 ekor anjing.
“I am very serious about it. Last week, I went around looking for four dogs and I got them to be used in manufacturing a special spirit called Kahwiri Kapam.”
– Nana Kwaku Bonsam.
Semoga ada bomoh dari Portugal pula yang dapat menangkis serangan voodoo dari Ghana ini.

Sumber : independent.co.uk , stadiumastro.com
June 6, 2014 @ 11:05 am
macam-macam sampai ronaldo pun di sumpah.
June 18, 2014 @ 10:09 am
kalau dah fanatik. semuanya boleh dibuat
June 6, 2014 @ 6:03 pm
Kalah raja bomoh kita macam ni…heee.
June 18, 2014 @ 10:09 am
kalau raja bomoh kita buat macam ni…dia pergi Brazil naik tikar je.. 😛
June 6, 2014 @ 8:48 pm
dasat..semua nak main bomoh sekarang ehh..
June 18, 2014 @ 10:10 am
makin canggih zaman ni, makin banyak manusia pelik yang keluar dari gua
June 7, 2014 @ 12:40 pm
Haha..macam2 la..ingat kat Malaysia je ada bomoh yang nak popular..
June 18, 2014 @ 10:10 am
tu lah..kita ingat Malaysia je ada. rupanya negara lain pun ada
June 8, 2014 @ 9:46 pm
Fanatik sampai dibomoh.
June 18, 2014 @ 10:11 am
cup of life…semuany sanggup dilakukan
June 13, 2014 @ 1:17 am
Inilah masa nak bomoh membomoh…kerana esok lusa mungkin pasukan anda menang kerana yang kalah tu semua sakit lutut le, kaki le, peha le…tetiba dah famous bomoh Ghana tu…cer Raja Bomoh Malaysia vs Bomoh voodoo Ghana…
June 18, 2014 @ 10:12 am
kalau bertembung dua kuasa bomoh tu..tak tahu lah apa jadi.haha..