Roy Hodgson Di lantik Pengurs England

Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook15Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0

england
Teka-teki siapa yang bakal menduduki kerusi panas sebagai pengurus pasukan bola sepak England akhirnya terjawap. FA England telah mengumumkan Roy Hodgson sebagai pengurus England yang baru selepas perletakan jawatan Fabio Capello pada Februari lalu.

Pengurus berusia 64 tahun ini telah di berikan kontrak selama 4 tahun. Euro 2012 yang bakal dilangsungkan bulan depan bakal menjadi tugasannya yang pertama. Roy Hodgson pernah mengendalikan Finland, Switzerland dan UAE.

Semasa sidang media mengumumkan perlantikan Roy Hodgson, pengerusi FA England, David Bernstein menolak untuk bercakap tentang calon pilihan yang menjadi sebutan sebelum ini, Harry Redknapp. David menambah lagi, pemilihan Hodgson adalah kerana dia seorang pengurus yang mempunyai pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa dan eropah.

Dalam perkembangan lain pula, Roy Hodgson akan terus menguruskan West Bromwich Albion sehingga berakhir musim ini dengan baki 2 perlawanan menentang Bolton Wanderers dan Arsenal.

Pencapaian terbaik Hodgson dalam bola sepak di peringkat antarabangsa ialah apabila berjaya membawa Switzerland ke peringkat akhir Piala Dunia 1994 dan Euro 1996.

Lazada Malaysia

Di peringkat kelab dia pernah membimbing Inter Milan, Blackburn Rovers, FC Copenhagen dan Fulham. Bersama dengan Fulham dia berjaya mencipta sejarah membawa kelab itu hingga ke peringkat akhir Liga Europa.

  • Tak Tahu Berenang ? Jom Belajar..!
  • Nak Tahu Rahsia Lulus Interview Kerja Kerajaan..?
  • Karier sebagai pengurus kelab buat Hodgson yang paling mendukacitakan ialah ketika dia bersama Liverpool. Hodgson meninggalkan Liverpool dengan persetujuan kedua-dua belah pihak pada Januari 2011 selepas 31 perlawanan.

    Roy Hodgson mempunyai masa yang sangat singkat untuk menyediakan sebuah pasukan yang kuat untuk England. Perlawanan persahabatan pertama England dibawah kendaliannya akan berlansung pada 2 Jun, menentang Belgium di Stadium Wembley.

    Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook15Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0
    Lazada Malaysia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge