Senarai Pemain England Ke Piala Dunia 2014
Senarai penuh pemain skuad The Three Lions telah diumumkan baru-baru ini. Rata-rata pemain pilihan Roy Hodgson ialah pemain di bawah umur 30 tahun.
Hodgson juga menafikan skuad ini adalah barisan kemungkinan untuk EURO 2016, kerana dibarisi ramai pemain muda.
“We are not thinking about Euro 2016. That is a long way off. This tournament means everything to us. We want to do very well in it so our focus is on this tournament. I refute any claims that some of these players have been selected because of 2016. They are selected because of 2014 and I think that they can do well.”
– Roy Hodgson
Pemain yang melebihi umur 30 tahun ialah Frank Lampard, Steven Gerrard, Phil Jagielka, Rickie Lambert dan Fraser Forster.
:: Penjaga Gol ::
Joe Hart (Manchester City)
Fraser Forster (Celtic)
Ben Foster (West Brom):: Pertahanan ::
Glen Johnson (Liverpool)
Phil Jones (Manchester United)
Gary Cahill (Chelsea)
Phil Jagielka (Everton)
Chris Smalling (Manchester United)
Leighton Baines (Everton)
Luke Shaw (Southampton):: Pemain Tengah ::
Steven Gerrard (Liverpool)
Jack Wilshere (Arsenal)
Jordan Henderson (Liverpool)
Frank Lampard (Chelsea)
James Milner (Manchester City)
Ross Barkley (Everton)
Adam Lallana (Southampton)
Raheem Sterling (Liverpool)
Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal):: Penyerang ::
Wayne Rooney (Manchester United)
Daniel Sturridge (Liverpool)
Danny Welbeck (Manchester United)
Rickie Lambert (Southampton)
Ramai pemerhati bola sepak meramalkan ini adalah skuad masa depan England dan ramai juga yang meletakkan harapan tinggi kepada mereka.
Roy Keane berpendapat pemilihan 2 pemain muda Manchester United Phil Jones dan Chris Smalling adalah kurang tepat berdasarkan prestasi semasa mereka. Tetapi katanya lagi, mungkin mereka di pilih oleh Hodgson kerana kedua-duanya boleh bermain di posisi tengah dan pertahanan.
“The two of them have had disappointing seasons. But England might need them, you may get players who get injured. Maybe in other positions they might be needed. Maybe that is one of the reasons why Roy has taken Jones and Smalling, with the thinking that they can play full back or midfield.”
– Roy Keane
Pencapaian terbaik England di Piala Dunia ialah apabila menjadi juara pada tahun 1966 dan ianya juga berlangsung di England. Selepas itu pencapaian terbaik mereka hanya sampai ke peringkat semi-final pada tahun 1990 di Itali.
Manakala pencapaian terburuk England ialah pada Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan.
Walaupun mempunyai liga bola sepak paling popular di dunia dan rata-rata pemain England cukup dikenali, pencapaian England di Piala Dunia masih lagi belum cukup membanggakan. Mungkinkah Piala Dunia kali ini adalah yang terbaik buat England?
Anda penyokong England? Kongsikan pendapat anda tentang pasukan England di Piala Dunia 2014 kali ini.
May 14, 2014 @ 11:44 pm
aku peminat manchester united…follow game EPL tp x suka ngan England…dorang team “diva” bola sepak. x sabar nak tunggu world cup 🙂
May 17, 2014 @ 8:27 am
terasa diva sebab hampir semua playernya terkenal seluruh dunia
May 17, 2014 @ 5:09 pm
Macam mana prestasi diaorang kali ini?? Yang lepas kecundang awal.. Corak permainan setiap negara lain.. Spain lain, brazil lain, england sebab liga epl femes. Tapi semua player import yang menjadikan liga epl nih rancak. Semoga berjaya england..
May 26, 2014 @ 3:09 pm
dalam pusingan kelayakan England nampaknya lebih baik dari sebelum ni. Dalam World Cup banyak kejutan yang boleh berlaku