Senarai Pemain Kidal Terbaik Dunia Musim 2016/17
Sudah menjadi kebiasaan di setiap penghujung musim, pemain terbaik sepanjang musim dari liga-liga utama bola sepak Eropah akan dipilih untuk membentuk “Team of the Season”.
Ini adalah sebagai penghormatan kepada mereka selepas mengharungi musim yang panjang dan mencabar.
Di dalam formasi 3-4-3, inilah barisan terbaik pilihan penulis untuk semua pembaca. Uniknya, penulis hanya memilih pemain-pemain kidal sahaja untuk sedikit kelainan berbanding “Team of the Season” yang lain-lain.
- Thibaut Curtois (Goalkeeper, Chelsea) – Memenangi anugerah penjaga gol terbaik Liga Perdana Inggeris, Golden Glove 2016/2017 dengan merekodkan 16 perlawanan tanpa bolos.
- Giorgino Chiellini (Centreback, Juventus) – Bek tengah kental Juventus dan Itali, mengemudi kelabnya merangkul kejuaraan Serie A enam kali berturut sejak musim 2011/12 dan Coppa Italia 3 kali berturut-turut dari musim 2014/15.
- Aymeric Laporte (Centreback, Athletic Bilbao) – Bintang meningkat naik dari Perancis yang beraksi untuk Athletic Bilbao di La Liga, turut menjadi sasaran Chelsea musim hadapan.
- David Alaba (Centreback, Bayern Munich) – Pemain utiliti yang sangat efisien di mana-mana posisi dia diturunkan, bermain di posisi kiri di dalam sistem 3 bek tengah.
- Alex Sandro (Left wingback, Juventus) – Antara tonggak Juventus musim ini, menjaringkan 3 gol selain 4 bantuan gol. Secara keseluruhan membuat 43 penampilan sepanjang musim.
- Marcelo (Right wingback, Real Madrid) – ‘Orang lama’ di sebelah kiri padang Real Madrid, antara pemain terbaik dunia di posisinya. Menggondol kejuaraan berganda musim ini.
- Nemanja Matic (Defensive Midfielder, Chelsea) – Membentuk gandingan mantap di posisi tengah bersama N’Golo Kante di dalam skuad Chelsea yang menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.
- David Silva (Attacking midfielder, Manchester City) – Membentuk gandingan mantap bersama Kevin De Bruyne menjana serangan dan mencipta peluang buat pasukan mereka.
- Arjen Robben (Right Forward, Bayern Munich) – Makin berusia semakin menjadi. Tidak menunjukkan sebarang di kesan dimamah usia. ‘Cut inside and score’ sudah menjadi ‘cap dagang’ bagi Robben.
- Lionel Messi (Centre Forward, Barcelona) – Messi yang sebenar. Muncul penjaring terbanyak La Liga (Pichichi) dan dan menjuarai Copa Del Rey.
- Paulo Dybala (Left Forward, Juventus) – Bukan hanya di Kedah dan Terengganu, di Juventus pun ada Messi iaitu Dybala. Di negaranya sendiri iaitu Argentina, dia dikenali sebagai The New Messi.
PEMAIN SIMPANAN
- Hugo Lloris (Goalkeeper, Spurs) – Tewas tipis kepada Curtois di dalam perebutan takhta penjaga gol terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini.
- Jan Vertonghen (Centreback, Spurs) CB – Tonggak di barisan pertahanan Spurs yang melepaskan hanya 26 gol musim ini.
- Marcos Alonso (Wingback, Chelsea) – Memiliki kualiti sepakan percuma yang menarik selain hebat bertahan dan membantu serangan dari sebelah kiri.
- Blaise Matuidi (Defensive Midfielder, PSG) – Berjaya memenangi Coupe De France bersama PSG musim ini walaupun kehilangan gelaran liga kepada Nice.
- James Rodriguez (Attacking midfielder, Real Madrid) – Jarang diturunkan tetapi efektif apabila diberikan peluang.
- Gareth Bale (Forward, Real Madrid) – Kerap dilanda kecederaan musim ini tetapi masih watak penting di dalam skuad Real Madrid. Pingat berganda La Liga dan Champions League.
- Antoine Griezman (Forward, Atletico Madrid) – Berjaya mengemudi kelabnya menduduki tangga ketiga La Liga dan layak ke separuh akhir Champions League sebelum tumpas kepada Real Madrid. Menjadi buruan kelab-kelab utama tetapi memilih untuk kekal di Atletico musim hadapan.
* * *
Jika anda rasakan apa yang kami senaraikan tidak menepati pilihan anda, sudi lah kiranya untuk kongsikan kepada kami senarai pilihan pemain anda di ruangan komen. Segala pandangan dan pendapat adalah sangat dialukan.