Siapa Pencipta Semburan Buih Di Piala Dunia 2014?

Salah satu perkara baru dalam bola sepak di Piala Dunia 2014 ialah penggunaan penyembur buih (Vanishing foam spray) untuk membuat garisan semasa sepakan percuma.
Tujuan penggunaan semburan ini ialah, supaya pemain yang membuat benteng (wall) akan berdiri pada jarak yang betul dan juga bola yang akan disepak berada di tempat yang betul.
Nampak mudah dan ringkas. Tapi siapakah yang mencipta benda mudah dan ringkas ini?
Versi awal idea menggunakan semburan ini muncul pada tahun 80-an. Ianya cuba dikembangkan dan dibangunkan oleh sebuah syarikat dengan mendapat kerjasama dari Sir Bobby Charlton dan seorang pengadil liga inggeris Neil Midgley. Tapi English FA telah menolak idea itu.
Ianya telah dicipta oleh Pablo Silva dari Argentina pada tahun 2002 dengan nama panggilan 9:15 Fairplay. Seterusnya dia telah mengkomersialkan produk ini untuk pasaran tempatan dahulu.

Macam mana dia dapat idea? Idea muncul apabila dia terlibat dalam satu perlawanan bola sepak. Dia kalah kerana ketika hendak mengambil sepakan percuma, benteng pasukan lawan bergerak dan menyukarkannya untuk mengambil sepakan itu.
“It started seven or eight years ago when I was playing in a championship played amongst former school members. In the 88th minute, we were losing 1-0 and won a free kick on the edge of the area. When I took the kick, the wall (of opposing players) was three meters away. The referee didn’t book anyone and didn’t do anything. We lost the game and driving home later, with a mixture of anger and bitterness, I thought that we must invent something to stop this.”
– Pablo Silva.
Pada 29 Oktober 2002, seorang rakyat Brazil, Heine Allemagne, telah mendaftarkan paten semburan tersebut di Brazil dan mendapat sokongan dari Persekutuan Bola sepak Brazil.
Hasil ciptaan orang Argentina, tapi dipatenkan oleh orang Brazil. Macam mana tu..
Berkemungkinan semburan ini juga akan digunakan dalam perlawan UEFA Champions League edisi 2014/15 nanti.
Mike Riley, ketua pengadil di Liga Inggeris sedang menyediakan laporan samaada semburan ini akan digunakan dalam Liga Inggeris musim depan atau pun tidak.
Penggunaan semburan ini juga mendapat pujian daripada Cristiano Ronaldo.
“I think it’s a great idea, use a spray to mark the distance between the barrier and the kicker can be a great help.”
– Cristiano Ronaldo
Melihatkan kejayaan penggunaan semburan ini, berkemungkinan kita akan terus melihat penggunaanya lebih meluas dalam banyak liga.
Mungkin juga Liga Malaysia akan menggunakannya suatu hari nanti.
//Sumber: worldsoccertalk.com , wikipedia.org , edition.cnn.com , 915fairplay.com
July 16, 2014 @ 3:52 pm
Kalau pakai kat Malaysia, habis budak2 guna main spray spray 😀
July 18, 2014 @ 9:02 am
kalau pakai kat malaysia. boleh jadi pelindung jika reff diserang.hehe.. :p
July 18, 2014 @ 11:36 pm
aku rasa memang patut.
susah aku nak score kalau benteng dekat sangat. Lepas tiup wisel..semua dok terjah..
tak tenteram gak kekadang. haha
July 21, 2014 @ 11:20 am
power lah lu bro. ni mesti amik free kick ala-ala ronaldo, tak pun safiq rahim 🙂
August 7, 2014 @ 3:02 pm
idea yang oke tuh
September 22, 2014 @ 2:49 pm
Thanks for the info.
Anyway, ianya adalah satu idea yg praktikal.
October 1, 2014 @ 4:04 pm
idea yang sangat membantu dalam dunia bola sepak
November 4, 2014 @ 3:20 pm
Penemu aslinynya bagaimana tuh?
May 27, 2016 @ 7:34 pm
mantap info nya