Teknologi Garisan Gol Kini Satu Keperluan

June 22, 2012

in Dunia Bola

john terry
Presiden FIFA, Sepp Blatter dalam laman twitternya telah mengeluarkan kenyataan “After last night’s match #GLT is no longer an alternative but a necessity”

Adakah penggunaan teknologi garisan gol bakal digunakan pada semua perlawana bola sepak tahun depan. Kita tunggu dan lihat.

Isu ini timbul semula susulan bola yang diselamatkan oleh John Terry telah berada di dalam gawang gol semasa perlawanan England menentang Ukraine.

Walaupun UEFA memperkenalkan sistem pengadilan yang baru, masih dalam percubaan, dengan meletakkan 2 pengadil di tepi pintu gol, masih lagi terdapat keputusan yang meragukan.

Presiden UEFA, Michel Platini masih lagi suka menggunakan sistem 2 pengadil tambahan di atas padang berbanding menggunakan teknologi dalam permainan bola sepak.

Begitu juga dengan bekas pengadil, yang kini menjadi pengarah bahagian pengadil FIFA, Pierluigi Collina, dia juga tidak suka atau menolak menggunakan teknologi dalam permainan bola sepak.

Menurut statistik UEFA, terdapat 302 keputusan pengadil yang sangat meragukan dalam 24 perlawanan setakat ini. 289 daripadanya keputusan pengadil adalah tepat. Hanya 13 sahaja yang kurang tepat. Ianya memberikan jumlah 96% keputusan pengadil adalah tepat.

Khabarnya ujian keatas teknologi garisan gol bakal diuji pada musim depan. Ada beberapa liga utama dunia yang sudah menawarakan diri untuk menyertai senarai ujikaji FIFA ini.

Semoga selepas ini, tiada lagi keputusan yang meragukan.

{ 4 comments… read them below or add one }

spudin June 22, 2012 at 12:21 pm

Ye btol ! Kalau tak , mcm perlawanan england vs ukraine la

Reply

Admin June 23, 2012 at 10:40 am

tapi ada yang tak nak menggunakan teknologi dalam bola sepak…katanya hilang seni bola sepak

Reply

spudin June 23, 2012 at 11:23 am

takut kalah leteeww
spudin recently posted..Tips Pemasaran BerjayaMy Profile

Reply

ana June 22, 2012 at 5:28 pm

Terimakasih.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: