Manusia terpantas didunia, Usain Bolt dan rakan senegaranya yang juga pelari pecut Jamaica, Yohan Blake telah menyertai satu pertandingan bola sepak 6 sebelah di Uxbridge University. Warren Weir dan Asafa Powell turut menyertai pertandingan itu.
Asalnya, mereka berada Universiti itu untuk berlatih. Bolt menyedari kakitangan universiti berkenaan sedang menganjurkan liga 6 sebelah yang dikenali sebagai Leisure Leagues.
Pengurus Leisure Leagues, Sarah Gooding memberitahu, Bolt dan rakan-rakanya telah datang ke padang liga berkenaan sedang dijalankan dan bertanya jika mereka boleh bermain sekali.
“We said they would be more than welcome and Usain, Yohan, Warren, Asafa and all their coaches joined up with one of the teams to show what they could do! Our players’ jaws hit the floor! They played for a team called The Underdogs, who lost the match.” Sarah Gooding.
Menurut Sarah lagi, mereka benar-benar terkejut. Bukan senang ada atlet terbaik dunia bermain dalam liga komuniti mereka yang terlalu kecil.
Bolt sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk bermain di Manchester United.
Apa agakya posisi yang sesuai untuk dia jika bermain di Manchester United?
Jika dilihat cara dia bermain, munkin posisi yang sesuai ialah di bahagian tengah, sebagai defensive midfielder. Dengan susuk tubuh yang tinggi dan kepantasan yang dia ada sukar bagi bahagian serangan pasukan lawan untuk sampai ke bahagian pertahanan.
Dia juga boleh membuat serangan dan kembali bertahan dengan pantas.




{ 6 comments… read them below or add one }
pasti famous liga itu nanti yer.
hatiputera recently posted..Blogger Pilihan Ogos 2012
rasanya dah ramai yang mula buat carian pasal liga tu kot
kalau berani, dia main untuk selangor la. haha..
titan recently posted..Teknologi Semut yang kita tak tahu..
siapa nak bayar gaji dia nanti. ntah berapa juta lak
persediaan utk ke MU hehe
donnyien recently posted..Cara Naikkan Alexa Rank: 1ST Giveaways BudakFelda.Com
tak munkin ferguson nak amik dia. tapi dengar ceritanya, dia akan bermain di old trafford untuk satu perlawanan amal