Usain Bolt Sertai Manchester United?
Manusia terpantas didunia, raja pecut dari Jamaica, Usain Bolt telah menyatakan hasrat untuk bermain bola sepak di Liga Perdana Inggeris. Dia berminat untuk menyertai Manchester United.
Bolt berkata demikian sehari selepas memenangi emas dalam acara 100m di sukan olimpik London.
Ini adalah emas kedua pelari pecut itu dengan catatan masa 9.63 saat. Pada sukan olimpik sebelum ini, Beijing 2008 dia juga memenangi emas dalam acara 100m dengan catatan masa 9.683 saat.
Menurut Bolt, ianya munkin nampak seperti mustahil untuk dia bertukar lapangan atau sukan. Tapi jika dia mendapat panggilan dari Boss United, Sir Alex Ferguson untuk dia menjalani latihan dan pemilihan, dia tidak akan melepaskan peluang itu
“People think I am joking. But if Alex Ferguson called me up and said, ‘OK let’s do this, come and have a trial’, it would be impossible for me to say No,” Usain Bolt.
Bolt juga membuat tawaran kepada Ferguson untuk menjemputnya datang ke pusat latihan Manchester United di Carrington, sementara dia masih lagi berada di Britain.
Seorang jurucakap Manchester United telah membuat kenyataan balas dari kenyataan Bolt itu.
“As the fastest man on Earth he would undoubtedly add speed to the team,” wakil Man Utd.
Kapten dan pemain pertahanan United, Rio Ferdinand telah menghantar tweet kepada Bolt. Katanya dia boleh memberitahu kepada Ferguson supaya menjemput Bolt menjalani latihan jika Bolt benar-benar berminat.
“@usainbolt if you want that trial at Man Utd shout me, I’ll speak to the boss!! Well done in 100m, waiting for you to smash the 200m now!” Rio Ferdinand
Bayangkan jika Manchester United memiliki seorang manusia terpantas didunia dalam pasukan mereka, bagaimakah corak permainan kelab itu nanti.
Apakah posisi yang sesuai untuk Bolt?