Warrior : Kenali Jenama Baru Penaja Liverpool
Jika sebuat Warrior di Malaysia ini, kepala terlintas terus kepada pasukan bola sepak kelantan, pasukan yang bergelar Red Warrior
Syarikat ini mempunyai ibu pejabat di Warren, Michigan. Warrior bukan ‘orang baru’ dalam industri pakaian sukan ini. Warrior telah diiktiraf sebagai salah satu pengeluar utama industri sukan berprestasi tinggi, peralatan canggih, kasut dan pakaian untuk bola sepak, lacrosse dan atlet hoki semua peringkat umur dan kebolehan.
Lacrosse adalah sejenis sukan yang menggunakan pemukul yang ada jaring dan sebiji bola sebesar bola hoki.
Syarikat Warrior ini telah diasaskan oleh bekas juara pemain lacrosse, David Morrow. Diawal penubuhan, jenama Warrior hanya berada di dalam kelompok pemain Lacrosse sahaja
Pada tahun 2004,New Balance Athletic Shoe, Inc telah mengambil alih syarikat.
Buat peminat Liverpool di England, ada berita baik untuk anda
Satu hub baru Warrior Football akan dibina di barat England, dilengkapi dengan satu pasukan pakar-pakar produk dan pemasaran yang dipilih sendiri daripada industri bola sepak.
June 18, 2012 @ 5:24 pm
Tak minat sangat design jersi liverpool kali ni. Tak lawa di mata aku..
June 19, 2012 @ 10:43 am
ada kawan tu die-hard-fan The Reds, tak sanggup nak tengok jersi baru Liverpool yang dijual kat kedai-kedai sukan 🙂