John Terry Terlepas Aksi Final
Kapten Chelsea, John Terry salah seorang dari pemain Chelsea yang tidak akan dapat beraksi dipentas final Liga Juara-Juara di Munich nanti. Dia menerima kad merah dalam perlawanan pagi tadi (waktu malaysia) pada separuh masa pertama selepas dengan sengaja menendang Alexis Sanchez menggunakan lutut. Dia juga akan turut terlepas 3 perlawanan di peringkat eropah.
Turut sama dalam senarai pemain yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan akhir nanti ialah Ramires, Branislav Ivanovic dan Raul Meireles.
Terry memberitahu kepada Sky Sports, dia tidak sepatutnya dikenakan kad merah dan menafikan melakukan perbuatan tersebut pada awalnya. Bila temubual dilakukan didepan kamera, dia mengakui melakukannya. Dia menambah lagi, dia bukanlah jenis pemain yang suka mencederakan pemain lain, kemungkinan dia sedang mengangkat lutut dan terkena kepada Sanchez.
Terry kecewa dengan perkara yang telah dilakukan dan meminta maaf kepada semua penyokong Barcelona dan juga Chelsea. Tetapi dia gembira kerana Chelsea berjaya sampai ke final liga bermain dengan hanya 10 pemain.