Hazard Sedia Berpindah Ke Real Madrid Selepas Euro 2016

Musim 2015/16 nampaknya bukanlah musim terbaik buat Eden Hazard. Selepas menjadi antara tonggak utama Chelsea musim lepas, musim ini semuanya seperti tidak menjadi buat pemain berusia 25 tahun ini.
Media Sepanyol melaporkan, bintang Chelsea itu secara dasarnya telah besetuju dengan syarat perpindahan dengan Real Madrid. Jumlah perpindahan itu dilaporkan sebanyak £78 juta (Pound).
Berkemungkinan juga perpindahan itu akan melibatkan pertukaran pemain.
James Rodrigues berkemungkinan akan ke Chelsea selepas Zidane sebelum ini memaklumkan bintang piala dunia Colombia itu bebas untuk berpindah.
Antonio Conte yang akan menjadi pengurus Chelsea selepas ini dilaporkan suka menggunakan format 3-5-2 dan kemasukan Rodrigues yang boleh bermain di bahagian tengah nampak sesuai dengan format itu.
//Sumber : thesun.co.uk , gettyimages.co.uk
March 23, 2016 @ 10:21 pm
Terbaik semoga ada peningkatan lebih baik lagi