Kenapa Guardiola Memilih Bayern Munich?
Akhirnya dunia bola sepak sudah mendapat jawapan kemana destinasi Pep Guardiola selepas meninggalkan Barcelona.
Kelab gergasi Jerman, Bayern Muninch menjadi pilihannya untuk musim 2013/14 Bundesliga. Jupp Heynckes, jurulatih Bayern ketika ini akan tamat kontraknya pada June 2013.
Usaha mendapatkan Guardiola bermula selepas Jupp sendiri menyatakan kepada pihak pengurusan Bayern untuk tidak menyambung kontraknya dan bersara dari bidang kejurulatihan. Sebelum menyertai Bayern, Jupp telah bersama dengan Bayern Leverkusen dari tahun 2009 hingga 2011.
Sejak meninggalkan Barcelona, Pep Guardiola menjadi jurulatih yang paling dikehendaki oleh banyak kelab. Antara kelab yang dikaitkan dengannya ialah Manchester United, Manchester City, Chelsea, PSG dan AC Milan.
Chelsea munkin kelab yang paling kecewa dengan berita ini. Bulan lalu, ESPN melaporkan pemilik Chelsea Roman Abramovich bersedia menawarkan £20 juta untuk satu musim di Stamford Bridge. Selepas pemecatan Roberto Di Matteo dan melantik pengurus sementara, Rafael Benitez, Chelsea masih lagi terumbang-ambing.
Pengerusi kelab Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge berkata, Guardiola memilih Bayern bukan kerana duit, tapi dia menurut kata hatinya. Jika dia memilih duit, Bayern bukan pilihan utama.
“If it were purely down to money, then Bayern would have had no chance, Of course he’ll be earning a few euros here too, but if finances had been the defining factor, then he would not be coming here on 1 July” Karl-Heinz Rummenigge.
Kenapa Guardiola memilih Bayern?
Menurut agennya, Josep Maria Orobitg, memang Bayern tidak menawarkan jumlah kontrak yang tinggi. Guardiola memilih Bayern kerana struktur kelab dan juga pemain yang ada didalam kelab itu. Orobitg memberitahu, kontrak bersama Bayern itu telah ditandatangani pada tahun lalu sebelum krismas pada 20 Disember.
Ada khabar angin mengatakan, rakan sepasukannya di dalam pasukan kebangsaan Sepanyol dan juga lagenda Real Madrid, Raul akan menjadi pembantunya nanti. Tetapi Orobitg menafikan khabar angin itu.
Sudah tentu dibawah kendalian Guardiola nanti akan ada perubahan dalam senarai pemain Bayern. Akan ada pemain yang keluar dan juga akan ada pemain baru yang dibawa masuk. Sudah tentu kini, Guardiola sedang menilai kesemua pemain yang ada di dalam kelab termasuk dari skuad simpanan dan pemain muda.
Adakah munkin akan ada pemain bintang Barcelona yang akan menyertainya?
“Tiki Taka” versi Bayern?
Kita tunggu dan lihat wajah baru Bayern Munich musim depan dibawah kendalian Pep Guardiola.
January 22, 2013 @ 5:49 pm
Akhirnya ke Bayern pep pergi membawa diri…hehe
Kita tgk prestasi bayern lepas ni…mengancam atau tak =)
January 25, 2013 @ 11:04 pm
untuk awal musim rasanya perubahan tu tak nampak lagi. kena amik masa dulu
January 23, 2013 @ 11:03 am
mungkin Bayern bakal jadi kuasa besar nanti
January 25, 2013 @ 11:05 pm
munkin.. tapi langit tak selalu cerah. munkin sentuhan pep guardiola kali ini tak menjadi. siapa tahu kan?
January 24, 2013 @ 12:03 am
memang bukan kerana duit
lagi pun, kejar duit bukan membawa kepada kebahagian dan keseronokan
January 25, 2013 @ 11:05 pm
bila duit yang dikejar. kepuasan itu kurang sikit