Shinji Kagawa Sah Ke Manchester United
Manchester United telah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan Borussia Dortmund mengenai perpindahan pemain jepun, Shinji Kagawa ke Old Tarfford.
Kagawa bakal menjadi pemain pertama yang dibawa masuk oleh Sir Alex Ferguson bagi menguatkan lagi pasukan bagi merebut kejuaran liga musim depan dari jiran mereka Manchester City.
Tweet dari Ferdinand mengalukan kedatangan Kagawa ‘Welcome to Shinji Kagawa for his transfer to Man Utd. heres to a succesful time here bro!’
Perpindahan ini akan dimuktamadkan selepas Kagawa pulang dari tugas antarabangsa hujung bulan ini. Dia bermain untuk jepun baru-baru ini dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Oman. Jepun menang 3-0.
Pengarah Sukan Borussia Dortmund, Michael Zorc, mengucapkan terima kasih kepada Kagawa kerana usaha kerasnya bersama kelab selama 2 tahun. Zorc juga adalah orang yang bertanggungjawab membawa Kagawa ke Dortmund pada tahun 2012 dari kelab divisyen 2 jepun, Cerezo Osaka.
Sir Alex Ferguson dan pembatunya, Mike Phelan, telah pergi melihat sendiri permainan Kagawa di Jerman sehari sebelum perlawanan akhir liga inggeris, United menetang Sunderland. Dalam perlawanan Piala Liga Jerman itu, Dortmund telah menang ke atas Bayern Muninch 5-3. Kagawa telah menyumbangkan 1 gol dan membantu 1 gol yang lain.