Sudah Sampai Masanya Wenger
Arsene Wenger telah menguruskan Arsenal sejak tahun 1996. Dalam masa yang sama, dia telah membawa Arsenal memenangi 11 piala, termasuk trofi perisai komuniti.
Paling membanggakan, Wenger berjaya merangkul kejuaraan liga perdana inggeris musim 2003/04, dengan rekod bersih tanpa sebarang kalah. Hingga ke hari ini, rekod itu masih lagi tidak mampu dilakukan oleh mana-mana kelab.
Tapi itu cerita lama. Cerita yang sudah menjadi lipatan sejarah.
Kelab dari utara London itu kini sudah mempunyai musuh setempat yang sedang meningkat naik. Tottenham Hotspur, menunjukkan kebangkitan yang sangat hebat musim ini. Dibawah pengurusan Andre Villas-Boas, Spurs sudah banyak berubah.
Disebalik peningkatan yang sangat baik Spurs, Arsenal kelihatan semakin jauh dari sejarah gemilang mereka.
Kekalahan Arsenal kepada Spurs baru-baru ini memberikan satu tamparan hebat kepada Wenger. Jiran setempat yang suatu ketika dahulu mudah untuk dijinakkan, kini menjadi pesaing mereka yang hebat.
Kemerosotan prestasi Arsenal munkin ada kaitan dengan penjualan beberapa pemain tonggak Arsenal seperti Robin Van Persie, Cesc Fabregas and Samir Nasri. Namun Wenger menafikan khabaran itu.
Munkin sudah sampai masanya untuk Wenger berundur dan berehat dari menjadi pengurus. Peminat dan penyokong Arsenal telah lama menantikan satu piala dari kelab kesayangan mereka ini. Tapi harapan itu seperti terlalu sukar untuk direalisasikan oleh mereka.
Lebih baik berundur dengan cara yang terhormat.
March 7, 2013 @ 12:22 pm
arsenal kini jadi tempat anak muda asah bakat..da ckup berbakat,dibeli pula oleh kelab lain..itu hakikat
March 8, 2013 @ 4:39 pm
Tu tak cukup utk menggembirakan peminat arsenal…betul tak?
March 8, 2013 @ 9:40 pm
penyokong akan seronok bila kelabnya dapat piala. tapi tak tahu lah kalau penyokong Arsenal suka je tak ada piala pun 🙂
March 8, 2013 @ 9:38 pm
betul tu. ada yang cakap Arsenal bukan kelab bola sepak, tapi lebih kepada akademi bola sepak 🙂
March 8, 2013 @ 4:39 pm
Ambe tgk seolah2 magis Arsene dah kurang kaw…
Spurs mmg semakin liat sejak dua musim ni
March 8, 2013 @ 9:41 pm
villas Boas membuktikan, pemecatannya dari Chelsea dulu bukan sebab dia tidak bagus, cuma tidak diberi masa dan peluang yang lebih lama