DS Shahidan Akan Dibicarakan
1. Artikel 88 Peraturan 2010 – 2014 FAM, hanya Presiden dan Setiausaha Agung yan dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan. Sekiranya ada di kalangan ahli di bawah naungan FAM yang ingin mengeluarkan kenyataan, mereka perlu medapatkan kebenaran ahli kongres FAM terlebih dahulu.
2. Kes terbaru melibatkan penggunaan artikel ini ialah berkaitan dengan kenyataan DS Shahidan Kassim sebelum ini yang mahukan transformasi dalam FAM bagi memastikan badan induk bola sepak Malaysia itu mendapat sokongan ramai pihak. Beliau juga menyatakan sokongan kepada Presiden FAM.
3. Tapi transformasi yang dimahukan itu bukanlah melibatkan perubahan dalam pucuk kepimpinan FAM, beliau mahukan FAM bantu pasukan yang mempunyai masalah kewangan. Agak pelik transformasi yang dimahukan DS Shahidan.
4. Pengurusan kewangan kelab/persatuan diuruskan oleh mereka sendiri. Kalau kelab/persatuan itu boros dan tidak bijak berbelanja, dan mengakibatkan beban hutang yang banyak, kenapa ianya perlu dapat bantuan pula? Masalah yang dicipta sendiri perlu diselesaikan sendiri oleh kelab/persatuan.
5. Kalau bantuan dihulurkan oleh FAM, munkin akan membuatkan banyak kelab/persatuan yang berbelanja sesuka hati. Bila dah berhutang banyak, jangan takut, FAM kan ada..
Artikel 88 termaktub sebagai satu peraturan di bawah Statut FAM. Ia tidak menghalang seseorang membuat kenyataan, cuma mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dulu. Tapi, melalui Kod Tatatertib 4.5.8, walaupun seseorang itu mendapat kebenaran, beliau tidak boleh mengeluarkan kenyataan sesuka hati seperti mengkritik atau menghina FAM – Datuk Taufek Abd Razak
6. Sejak kebelakangan ini banyak tindakan yang dibuat FAM menjadi bahan ketawa peminat bola sepak Malaysia. Ada yang boleh, ada yang tak boleh. Ada Timbalan Presiden yang menegur dan mengkritik pasukan kebangsaan, dikenakan hukuman pergantungan dari terlibat sebarang aktiviti bola sepak malaysia. Ada Timbalan Presiden yang tidak dikenakan tindakan walaupun mengeluarkan kenyataan yang hampir sama. Apa Pendirian FAM?
7. Ramai peminat bola sepak yang mahukan satu transformasi dalam FAM. Tapi bukan transformasi seperti yang DS Shahidan mahukan. Peminat bola sepak mahukan transformasi yang menyeluruh supaya bola sepak Malaysia ditadbir oleh mereka yang benar-benar cintakan bola sepak. Mereka yang mahukan Malaysia menjadi kuasa besar bola sepak seperti suatu masa dulu.