Harimau Muda Tumbang Di Myanmar

Nampaknya berakhir lah sudah perjuangan Harimau Muda di Sukan SEA Myanmar 2013. Kita kena terima hakikat dalam kempen kali ini mungkin kita hanya boleh mendapatkan gangsa sahaja.
Pertemuan dengan Indonesia ibarat ualangan final 2 tahun lalu. Bezanya, dulu stadium penuh dengan penyokong Indonesia, tapi kali ini penyokong kedua-dua pasukan tidak ramai. Stadium pun nampak sunyi sepi.
Selepas terikat 1-1 dalam masa penuh permainan. Kita kalah dalam sepakan penalti 3-4. Tidak perlu dipersalahkan kepada pemain yang gagal mengambil sepakan penalti. Mereka dah berjuang berhabis-habisan. Bukan kita kalah dengan cara mudah. Pujian seharusnya diberikan kepada semua pemain Harimau Muda.
Memang betul kita gagal mempertahankan emas. Tapi kita tidak gagal dalam melahirkan pemain muda berbakat. Pemain-pemain inilah yang akan menjadi pemain utama pasukan Harimau Malaya suatu hari nanti.
Apa yang kita harapkan ialah, selepas pemain-pemain ini kembali ke pasukan negeri masing-masing, prestasi cemerlang mereka dapat diteruskan. Ada pemain Harimau Muda yang kembali ke pasukan negeri atau kelab terus tidak menjadi. Hilang sentuhan.
Mungkinkah akan ada pemain Harimau Muda kali ini yang akan bermain di luar negara? Kita tunggu dan lihat.
Apa-apa pun, walaupun Harimau Muda kalah, teruskan menyokong pasukan bola sepak Malaysia.
Malaysia Boleh !
Photo : Sports247.com
December 23, 2013 @ 1:31 am
katanya nak bawak ke australia… harap lebih mantap lagilah lepas nih… adoi2..
December 24, 2013 @ 12:37 pm
fokus perlu lebih jauh harimau muda ni.bukan setakat nak kekal capai emas sukan SEA. mungkin lebih lagi seperti kelayakan Olimpik