Rajagobal Keras Kepala
Ramai yang sudah tahu, Harimau Malaya tumbang dalam 2 aksi perlawanan persahabatan di Jepun.
Tewas 2-0 pada perlawanan pertama menentang kelab Divisyen Satu, Shimizu Pulse, Khamis lalu, sebelum sekali lagi diaibkan apabila tunduk 0-5 pada aksi menentang satu lagi kelab Divisyen Satu Liga Jepun, Shonan Bellmare.
Rata-rata pemerhati bola sepak Malaysia sudah memberikan pendapat dan pandangan mereka.
Secara kolektifnya mereka berpendapat, Rajagobal sudah patut berundur. Dia munkin sudah kekeringan idea dan taktikal terbaru untuk mencorakkan permainan Harimau Malaya.
Bekas pemain negara, Khalid Ali berkata kekalahan yang makin kerap berlaku ke atas Harimau Malaya sepatutnya sudah menjadi petunjuk supaya Rajagobal dipecat. Tapi ianya tidak berlaku kerana munkin Rajagobal terlalu ‘istimewa’ di dalam FAM.
“Kalau saya, sudah lama pecat (Rajagobal) dan perkara ini sepatut berlaku dua tahun lalu. Dulu beliau pernah berjanji nak letak jawatan secara sukarela. Tidak dinafikan Rajagobal memang bagus tetapi beliau sudah sampai ke tahap tepu. Setiap orang ada batas dan tahapnya.”
– Khalid Ali
Untuk rekod, daripada 12 perlawanan persahabatan yang diharungi skuad Harimau Malaya tahun ini, mereka hanya mencatatkan dua kemenangan, seri sekali selain tewas baki sembilan perlawanan yang kebanyakannya kepada pasukan dari negara Arab.
Ramai juga yang memperkatakan tentang, kenapa Harimau Malaya kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab bola sepak, bukannya dengan sesebuah negara. Sedangkan ianya tidak bagus untuk memperbaiki ranking FIFA.
“Perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab juga tidak memberikan sebarang mata kepada sesebuah negara. Saya agak hairan bagaimana FAM boleh mengadakan perlawanan sedemikian sejak akhirakhir ini,”
– Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Dr Ibrahim Saad
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah juga sudah mula bersuara, rasa kurang senang dengan siri kekalahan pasukan Harimau Malaya.
Baginda berkata, jurulatih itu sewajarnya menurunkan semua pemain terbaik dalam perlawanan penting agar persefahaman antara pemain dapat dimantapkan sekali gus meraih kejayaan dan tidak melakukan sebarang eksperimen lagi terhadap Harimau Malaya.
“Sepatutnya, kini bukan lagi waktu sesuai untuk jurulatih terus melakukan eksperimen. Kalau terus bereksperimen, sampai bila kita mahu mendapatkan keserasian antara pemain”
– Tengku Abdullah
Dulu ramai yang memberikan pendapat, dia sewajarnya mengugurkan Syafiq Rahim dan menggantikan dengan Kapten Kelantan, Badri Radzi. Prestasi Syafiq Rahim kurang baik bersama JDT, tapi ramai yang pelik dia masih ada lagi dalam skuad kebangsaan. Munkin akibat banyak tekanan, akhirnya Badri Radzi dipanggil menyertai latihan Harimau Malaya.
Hari ini Harimau Malaya akan bertemu dengan kelab J League 2 Tokyo Verdy. Adakah perlawanan ini akan digunakan oleh Rajagobal untuk menurunkan pemain terbaiknya? Kita tunggu dan lihat.
July 31, 2013 @ 4:06 pm
berbanding nak aturkan perlawanan dengan team negara lain..rasanya lebih senang aturkan perlawanan dengan kelab. Tak ramai negara nak wat friendly dengan negara yang lebih rendah dari mereka dari segi rank..
bagi aku..bukan salah rajagopal 100%. Pemain pun main peranan. Kalau pemain yang diharapkan buat kerja..tapi tak dapat nak laksanakan..takkan la nak salahkan k.rajagopal gak..dia pun pening kepala gak nak kasi setel masalah tu..yang paling kesian, safee sali. Dia tu dah injured. Bila dah ok sket, orang tibai kaki dia aje. Bilalah dah cergas sepenuhnya.. Tapi orang salahkan dia juga bila dia tak dapat score dan bila malaysia kalah..
so..kalau berani. pecat k.rajagopal dari ketua jurulatih, turun pangkat jadi pembantu dan lantik jurulatih luar kalau FAM berani.
July 31, 2013 @ 4:41 pm
ada betulnya negara lain tak nak main dengan malaysia. terutamanya negara yang ranking lebih tinggi
tapi aku rasa masih ada 1,2 negara yang nak bermain dengan malaysia terutamanya di kalangan negara ASEAN. tak kisah lah negara apa pun. asalkan ianya satu perlawanan antarabangsa.
bila buat friendly match dengan kelab, ini lah jadinya, contoh kalah dengan kelab jepun tu, imej skuad kebangsaan akan jatuh bila kalah teruk. mereka tengok, ini ke national team Malaysia? NATIONAL TEAM MALAYSIA tu..
betul. bukan 100% salah rajagobal. player lahir dari liga domestik. bila liga tak berkualiti, maka lahirlah pemain yang tak berkualiti.
August 1, 2013 @ 10:21 am
hehehehe…konplik ahli sukan
August 1, 2013 @ 7:20 pm
jika kita di dalam kasut yang sama raja pakai, kita mungkin rasa tekanan yang beliau hadapi. hakikatnya sapa tahan kena kritik terlalu banyak. tapi raja mungkin keras kepala sebab dia tahu dia boleh bawa pasukan ke suatu tahap. tak manis memecat beliau, eloklah biar beliau undur sendiri..
August 2, 2013 @ 10:53 am
ramai yang dah cadangkan dia undur diri. mungkin dia masih lagi ingin buktikan sesuatu. itu sebabnya dia masih kekal
August 9, 2013 @ 11:05 pm
percaturan k raja gopal kadang2 tak menjadi.. sebab player kita dia punya stamina sampai tahap tertentu jer.. tak sama dengan stamina player dari negara lain.. aku pun tak tahulah.. percent jurulatih memang banyak… player pun main peranan jugak… kalau dah penyokong setia habis2san sokong , tapi moral player tak stabil juga… susahla..
August 15, 2013 @ 8:30 am
kita dah sokong yang habis baik. itu je yang mampu kita buat. peminat sejati sokong bola masa naik dan turun. tapi kalau pasukan sendiri yang tak nak berubah, penyokong pun boleh lari