Stadium Bola Sepak Sepenuhnya Pertama Di Malaysia Bakal Digunakan Oleh Felda United

Stadium Tun Abdul Razak di Jengka Pahang adalah stadium bola sepak sepenuhnya yang pertama di Malaysia (tiada trek balapan). Stadium ini akan menjadi ‘home’ bagi pasukan Felda United bermula musim 2016 ini. Stadium ini juga akan dilengkapi dengan segala kemudahan kelas A dan menggunakan rumput tiruan yang diiktiraf FIFA.

Di awal pembinaan stadium yang menelan belanja hampir RM100 juta ini, banyak cakap-cakap yang mengatakan ianya akan menjadi satu projek ‘gajah putih’. Maklum lah di Malaysia ini, segalanya akan gah dan hebat di awal-awal sahaja. Makin lama makin tidak terurus dan terjaga.
Kita tidak salahkan mereka yang bersuara sedemikian, kerana memang ada benarnya banyak yang berlaku di Malaysia projek yang sakit, projek yang gagal dan projek-projek yang tidak ada faedahnya kepada rakyat.

Felda United sedang menuju ke arah sebuah kelab bola sepak yang profesional. Dengan pembinaan stadium ini ianya dapat memenuhi salah satu kriteria penganugerahan ‘FIFA Club Licensing’.
Satu-satunya kelab di Malaysia yang mendapat pengiktirafan FIFA Club Licensing hanyalah Johor Darul Takzim (JDT).
Rata-rata peminat bola sepak sebenarnya mengharapkan lebih banyak stadium sehebat ini akan lebih banyak dibina, seterusnya dapat memberikan impak yang positif dalam bola sepak Malaysia khususnya dan masyarakat setempat amnya.
[[Pembetulan]]

Hasil teguran dari seorang pembaca Bola Daily, Stadium Tun Abdul Razak Jengka Pahang bukanlah yang pertama yang wujud seumpamanya di Malaysia (stadium bola sepak tanpa balapan). Tetapi mungkin adalah yang kedua di Malaysia selepas Stadium Pasir Gudang yang kini menjadi Home bagi Johor Darul Takzim II.
February 2, 2016 @ 3:59 pm
Nice One …Harap sangat era baru nie ..memberi nafas baru bg bolasepak negara kita #demibolasepakMY
February 6, 2016 @ 10:06 am
harapnya begitulah.
semoga 2016 menjadi tahun kebangkitan bola sepak malaysia
February 10, 2016 @ 10:09 am
Yup ….transition era sedang bermula
February 15, 2016 @ 12:33 pm
Memang tidak dinafikan, setiap penyokong pasukan mempunyai keunikan ragam dan gaya yang tersendiri tetapi apabila perubahan dari segi kualiti infrastruktur stadium sedikit sebanyak boleh memeriahkan suasana bola sepak di malaysia, malah ianya juga boleh menaikkan moral pemain dan penyokong untuk menjadi lebih matang dan menghormati (respect) pasukan (home) mahupun (away). Diharap akan ada lebih banyak stadium berkualiti seperti ini dibina di negara kita.
November 23, 2016 @ 5:15 pm
Bagus juga stadium ini cuma perlu sentiasa ada game lah kalau tak rugi terbiar nak tunggu musim bola je