Pique Simpan Kasut Nistelrooy

Siapa sangka pertahanan tengah Spanyol yang berbakat besar, Gerard Pique, ada menyimpan sepasang kasut milik penyerang prolifik lagenda Belanda, Ruud van Nistelrooy.
Ruud van Nistelrooy adalah penjaring gol kedua tertinggi dalam sejarah Liga Juara-Juara dengan 60 gol, 3 kali menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara. Dia memang dilahirkan untuk menjadi seorang penyerang yang hebat, mampu menjaringkan semua bola yang berada dihadapan gol. Penyudah yang cukup tajam.
Manchester United menandatangani Pique ketika dia masih muda dan Nistelrooy telah mencipta nama di kelab itu terlebih dahulu.
Semasa Pique berjumpa dengan Nistelrooy pertama kali. Dia mengucapkan selamat pengantin baru kepada Nistelrooy. Nistelrooy senyum dan terkejut, bersalam denganya dan mengajak Pique berlatih bersama-sama.
Pada waktu itu Pique belum berada dalam pasukan utama. Dia bermain dalam pasukan simpanan Manchester United.
Hubungan persahabatan mereka semakin baik dan akrab selepas Pique mula bermain bersama untuk pasukan utama.
Nistelrooy pernah pergi ke bilik Pique untuk belajar bahasa Spanyol. Mereka belajar secara santai dan berbincang mengenai bola sepak. Selepas selesai sesi pembelajaran itu, Nistelrooy bergegas ke Madrid.
Kerana tergesa-gesa, Nistelrooy telah tertinggal kasut bola miliknya di loker bilik persalinan. Kasut itu dibuat khas untuknya. Pique mengetahui hal tersebut dan meminta kebenaran penjaga bilik persalinan untuk membuka loker milik Nistelrooy dan menyimpan kasut itu.
Sehingga kini, Pique masih lagi menyimpan kasut itu dan belum dipulangkan lagi kepada Nistelrooy.
June 12, 2012 @ 3:28 pm
nistelrooy memang penyerang sejati walaupun skill dia taklah hebat sangat
June 13, 2012 @ 10:19 am
truely striker
memang ramai striker dulu-dulu, tak banyak skill, tapi ada penyudah yang tajam
June 13, 2012 @ 12:52 pm
striker yang hebat nielstroy ni
June 14, 2012 @ 10:44 am
betul tu. dia sememangnya seorang yang sangat hebat. berikan je bola di dalam kotak penalti. dia akan menjaringkannya
June 25, 2012 @ 5:00 pm
nisterooy memang legend. Berbisa didepan gawang gol..
June 26, 2012 @ 12:09 am
dia diantara penjaring terbanyak dalam Man Utd