Rahsia Kemenangan Jerman Di Piala Dunia 2014

Keputusan penuh perlawanan akhir Piala Dunia 2014 sudah ramai yang tahu. Ramai juga yang berjaya membuat ramalan yang tepat. Argentina tewas kepada Jerman 0-1.
Wira Jerman di Piala Dunia 2014 kali ini ialah Mario Gotze.
Gotze masuk menggantikan Klose pada minit 88. Mungkin juga ini adalah penampilan terakhir Klose di pentas piala dunia dan dia telah mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman piala dunia sebanyak 16 gol.
Permainan kemas Jerman sebenarnya memerangkap barisan serangan Argentina. Messi dikawal ketat, langsung tidak diberikan peluang untuk bergerak bebas. Selain itu, tackle bersih Jerome Boateng dan juga kawalan kemas di bahagian tengah oleh Bastian Schweinsteiger banyak membantu serangan Jerman.
Schweinsteiger sebenarnya lebih berhak menjadi man of the match berbanding Messi.
Selain kerja sepasukan yang hebat Jerman, sebenarnya ada rahsia lain yang membuatkan Gotze menjadi wira dalam pertemuan itu.

Sebelum pertukaran pemain, Joachim Low memberitahu Gotze, buktikan bahawa dia adalah pemain yang lebih hebat dari Messi. Buktikan dia berhak mendakap Piala Dunia.
“I told Gotze at the break in half time at extra time: ‘show you are better than Messi, show you are a better player than him and can win a World Cup. He did that. Gotze is a miracle boy. He can decide matches, he can do anything”
– Joachim Low.
Selain rahsia bisikan Joachim Low itu, sebenarnya pasukan Jerman ini telah dibentuk sejak tahun 2004 lagi. Ketika itu Jerman di bawah ketua jurulatih Jurgen Klinsman. Ianya diakui sendiri oleh Low.
“This was started by Jurgen Klinsmann, we improved our performances and made constant progress. Champions do it, we believed in it and we worked in it.We showed the best performance of all the teams over seven matches. We have to look back on ten years’ preparation. We have developed an unbelievable team spirit”
– Joachim Low.
Bukan satu jangka masa yang pendek. Ianya memakan masa selama 10 tahun untuk mereka berjaya dan mengecapi apa yang mereka ada sekarang.

Semoga pihak yang berkenaan dapat belajar dari Jerman bagaimana untuk membangunkan bola sepak Malaysia hingga dapat bermain di Piala Dunia satu hari nanti
Ternyata tugas seorang jurulatih selain memberikan arahan atau merangka taktikal permainan, dia perlu tahu bagaimana ingin meningkatkan lagi semangat pemain. Dia perlu tahu mendorong pemain untuk mencapai kejayaan.
Joachim Low berjaya melakukannya.
Tahniah Jerman selaku juara Piala Dunia 2014
//Sumber : telegraph.co.uk , dailymail.co.uk
July 15, 2014 @ 7:51 am
ya.. ini dah boleh dilihat semasa Euro dahulu. walaupun tak menjadi juara, tetapi pemain muda jerman pada masa itu sudah menampakkan diorg akan menjadi kuasa hebat pd piala dunia kali ni. sbb tu awal2 lagi aku dah letakkan jerman sebagai juara
July 18, 2014 @ 9:00 am
perancangan jangka panjang yang bagus. kita punya national team pun ada plan jangka panjang, tapi masih tak cukup bagus. asik kecewa je
July 18, 2014 @ 9:46 am
jerman memang layak jadi juara… sejak awal aksi mereka dah nampak gah 😉
July 21, 2014 @ 11:17 am
ramai juga yang tak meramalkan Jerman boleh pergi jauh. ramai yang masih ramal Spain pada awalnya boleh pergi lebih baik
July 18, 2014 @ 11:34 pm
harap dollah salleh leh wat sesuatu lepas nih.
July 21, 2014 @ 11:19 am
Dollah Salleh masih menggunakan pemain yang sama tinggalan coach Rajagobal. harapnya ada taktikal lebih baik dari coach Dollah
November 4, 2014 @ 3:18 pm
Senang sekali saya sebagai pendukung jerman.