Senarai Pemain Pasukan England Euro 2012

England sudah mengumumkan senarai 23 pemain mereka untuk bersaing di Euro 2012. Beberapa pemain yang cedera terpaksa diketepikan dan beberapa nama baru telah disenaraikan untuk menggantikan pemain yang cedera.
Danny Welbeck dan Glen Johnson, mengalami masalah kecergasan sebelum ini, turut di senaraikan oleh jurulatih Roy Hodgson. Pemain muda berbakat Arsenal, Oxlade-Chamberlain, turut disenaraikan dalam skuad kali ini.
Phil Jagielka telah disenaraikan bagi menggantikan Gareth Barry yang cedera semasa perlawanan persahabatan dengan Norway hujung minggu lalu. Penjaga gol Birmingham, Jack Butland akan menggantikan John Ruddy yang patah jari semasa latihan.
Andy Carrol akan menyarung jersi No.9 dan dia akan bermain untuk 2 perlawanan pembukaan menentang Perancis dan Sweden, ekoran pergantungan penyerang utama England, Wayne Rooney.
Senarai penuh nombor dan nama pemain:
1 Hart, 2 Johnson, 3 Cole, 4 Gerrard, 5 Cahill, 6 Terry, 7 Walcott, 8 Lampard, 9 Carroll, 10 Rooney, 11 Young, 12 Baines, 13 Green, 14 Jones, 15 Lescott, 16 Milner, 17 Parker, 18 Jagielka, 19 Downing, 20 Oxlade-Chamberlain, 21 Defoe, 22 Welbeck, 23 Butland.